Tuesday, 12 March 2013

5 Panduan Bagaimana Bakal Pengantin Memilih Jurufoto Kahwin Yang Betul?

Sejak akhir-akhir ini industri fotografi perkahwinan Malaysia telah digemparkan dengan beberapa berita yang tidak disenangi seperti jurufoto yang menipu pelanggan, pelanggan menyaman jurufoto dan pelbagai isu berkenaan. Perkara-perkara seperti ini serba sedikit menjejaskan industri fotografi perkahwinan yang mana kepercayaan bakal pengantin atau pelanggan akan berkurang. Dalam isu ini, pengantin perlu lebih bijak memilih jurufoto perkahwinan mereka berlandaskan beberapa panduan seperti berikut;
1) Cari jurufoto yang mempunyai syarikat berdaftar dengan SSM tidak kira jurufoto sepenuh masa atau separuh masa. Jurufoto dengan syarikat sendiri lebih serius dalam menjalankan perniagaan mereka.
2) Lihat dan kaji laman web rasmi atau blog jurufoto yang berkenaan dan pastikan maklumat yang dinyatakan boleh dipercayai. Pastikan juga laman web atau blog mereka ini selalu dikemaskini dan bukannya blog lama yang ditinggalkan.
3) Tambah Facebook bakal jurufoto sebagai rakan dan lihat gambar wajah mereka yang sebenar. Ini kerana kepercayaan akan bertambah jika terdapat banyak wajah pemilik Facebook berbanding hanya gambar benda bukan hidup seperti duit & produk.
4) Selain harga pakej yang dibincangkan, pastikan bakal jurufoto mempunyai terma & syarat yang jelas dan difahami oleh pelanggan. Terma & syarat akan membantu bakal pengantin memahami aliran proses sepanjang perkhidmatan diberikan.
5) Bertanya dan dengar cadangan (recommendation) dari rakan-rakan atau ahli keluarga, jurufoto mana yang bagus untuk diupah. Testimoni dari orang yang pernah menggunakan khidmat jurufoto tersebut adalah lebih baik untuk bakal pengantin.
Panduan ini bukan hanya sesuai untuk bakal pengantin malah kepada semua jurufoto kahwin yang menjalankan perniagaan diluar sana. Pastikan jurufoto kahwin membuat persiapan selengkap-lengkapnya sebelum berurusan dengan pelanggan. Sediakan laman web, blog & Facebook yang betul-betul menunjukkan anda sebagai jurufoto yang boleh dipercayai. Jangan lupa untuk mempamerkan hasil kerja sebenar anda seperti album perkahwinan dan menjalankan tugas dengan jujur. Semoga sama-sama akan memperolehi kebaikan!
.. sumber asal nahamphoto.com


shahrul hussin
 +60 19 471 6844
elshahrul@hotmail.com
Sales Manager

SHOWROOM/STUDIO
aqeelstudio
Lot SL 01, Ukir Mall, Jalan Sultan Badlishah
05710 Alor Setar, Kedah Darul Aman

aqeelstudio
No 13-1A, Jalan Putra 7, Taman Putra, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

No comments:

Post a Comment